READISCOVER MY MIND

Sunday, September 14, 2008

Tabung Iftar Ramadhan 1429H

“Whosoever provides for the breaking of the fast of another earns the same merit (reward) as the one who was fasting without diminishing in any way the recompense of the fasting person.” Tirmidhi

“Barangsiapa memberi minum kepada orang yang berbuka puasa, niscaya Allah memberi minum kepadanya dari air kolam-Ku dengan suatu minuman yang dia tidak merasakan haus lagi sesudahnya, sehingga dia masuk ke dalam surga.” (HR. Ibnu Huzaimah)

Pengenalan:

Salah satu daripada sunnah Ramadhan yang dituntut adalah menjamu orang berbuka puasa. Saban tahun Dublin Mosque sebagai masjid terbesar dari segi jumlah kehadiran di Dublin menganjurkan iftar bagi warga Muslim yang menelan kos perbelanjaan yang tinggi. Warga Malaysia baik yang bekerja mahupun belajar banyak mendapat manfaat daripada iftar ini. Kos perbelanjaan pada tahun ini menjangkau 1200 euro sehari. En Yusof, tukang masak untuk iftar memohon jasa baik komuniti Muslim di Ireland sumbangan bagi menampung kos ini.

Justeru, PPIMI mengambil langkah proaktif untuk mengumpul dana bagi menampung kos iftar di Dublin Mosque. Langkah ini tidak hanya untuk menyelesaikan masalah logistic iftar di Dublin Mosque, tetapi lebih jauh daripada itu, kami cuba untuk menyediakan peluang kepada seluruh warga Muslim Malaysia di Dublin untuk menyalurkan derma iftar masing-masing. Sesungguhnya hanya Allah sahajalah yang layak untuk menghitung kebaikan yang bakal diperoleh hasil derma ikhlas kita.

Objektif:

a) Menyediakan medium bagi masyarakat Islam Malaysia Ireland untuk menderma iftar

b) Menampung kos perbelanjaan iftar di Dublin Mosque untuk sekurang-kurangnya 2 hari

c) Mengumpul dana iftar bagi penganjuran program penghayatan Ramadhan di Malaysia Hall

Derma boleh dilakukan melalui:

a) Pemindahan secara elektronik

a. Bank account

b) Bank in

c) Check

d) Tunai

Ke akaun berikut:

Allied Irish Bank
Nama Akaun: Safiah Izyan Yusof
No Akaun : 71867014
NSC: 93-01-56
Description: Tabung Iftar

0 Comments:

Post a Comment

<< Home